Ikan di air terlihat-lihat,
Ikan bernama si ikan laga,
Amalkan gaya hidup sihat,
Makan minum hendaklah dijaga.
Dibeli juga si akan jenahak,
Masak gulai kurang santan,
Elak makan banyak lemak,
Banyakkan makan sayur-sayuran.
Sayur-sayuran banyak khasiat,
Cubalah makan seberapa dapat,
Cantikkan kulit badan pun sihat,
Otak cerdas ingatan pun kuat.
Sayur ada berbagai warna,
Kuning, hijau atau pun jingga,
Sedia dijual di mana sahaja,
Di tepi jalan atau di pasar raya.
Thursday, 13 December 2012
Saturday, 17 November 2012
Pantun teka-teki
1. Waktu subuh ke tepi paya,
Hendak menembak seekor buaya,
Merah pekat warna kulitnya,
Putih melepak warna isinya.
2. Ke dalam kedai seorang diri,
Hendak membeli sehelai seluar
Jika adik bijak bestari,
Apa buah biji di luar?
3. Penulis muda sedang berkarya,
Suatu kisah di pagi raya,
Rambutnya lbat merah warnanya,
Isinya putih manis rasanya.
4. Duduk termenung janganlah leka,
Kerja tak sudah membuang masa,
Apakah buah cubalah teka,
Namanya seperti batu permata.
5. Tiap pagi pergi ke sawah,
Mencari rezeki untuk keluarga,
Terkenal sebagai raja buah,
Durinya tajam tak terkira.
6. Selepas subuh pergi ke kota,
Meranduk lumpur dan juga paya,
Buah ini mempunyai mahkota,
Badannya pula dipenuhi mata.
7. Pak Hitam pergi ke hutan,
Membawa pulang kayu utas,
bentuknya seperti buah rambutan,
Hendak makan badannya dipulas.
8. Pokoknya bulat dan juga rendang,
Masam dan hijau ketika muda,
Bentuk buahnya seperti bintang,
Sudah masak kuninglah ia.
Jawapan;
1. manggis
2. gajus
3. rambutan
4. delima
5. durian
6. nanas
7. pulasan
8. belimbing
Hendak menembak seekor buaya,
Merah pekat warna kulitnya,
Putih melepak warna isinya.
2. Ke dalam kedai seorang diri,
Hendak membeli sehelai seluar
Jika adik bijak bestari,
Apa buah biji di luar?
3. Penulis muda sedang berkarya,
Suatu kisah di pagi raya,
Rambutnya lbat merah warnanya,
Isinya putih manis rasanya.
4. Duduk termenung janganlah leka,
Kerja tak sudah membuang masa,
Apakah buah cubalah teka,
Namanya seperti batu permata.
5. Tiap pagi pergi ke sawah,
Mencari rezeki untuk keluarga,
Terkenal sebagai raja buah,
Durinya tajam tak terkira.
6. Selepas subuh pergi ke kota,
Meranduk lumpur dan juga paya,
Buah ini mempunyai mahkota,
Badannya pula dipenuhi mata.
7. Pak Hitam pergi ke hutan,
Membawa pulang kayu utas,
bentuknya seperti buah rambutan,
Hendak makan badannya dipulas.
8. Pokoknya bulat dan juga rendang,
Masam dan hijau ketika muda,
Bentuk buahnya seperti bintang,
Sudah masak kuninglah ia.
Jawapan;
1. manggis
2. gajus
3. rambutan
4. delima
5. durian
6. nanas
7. pulasan
8. belimbing
Tuesday, 13 November 2012
Jenis sayuran
Senaraikan sayur-sayuran yang terdapat dalam gambar
1. __________________
2. __________________
3. __________________
4. __________________
5. __________________
6. __________________
7. __________________
8. __________________
2. __________________
3. __________________
4. __________________
5. __________________
6. __________________
7. __________________
8. __________________
Thursday, 8 November 2012
Buah-buahan tempatan
Buah-buahan tempatan mengandungi banyak khasiat. Jenis buah-buahan tempatan ialah:
1. Durian
2. Tembikai
3. Nanas
4. Rambutan
5. Jambu
6. Pisang
7. Betik
8. Ciku
9. Belimbing
10.Manggis
1. Durian
2. Tembikai
3. Nanas
4. Rambutan
5. Jambu
6. Pisang
7. Betik
8. Ciku
9. Belimbing
10.Manggis
Kebun Sayur Datuk Yasmin. Baca petikan di bawah. Lengkapkan maklumat.
Ini kebun sayur datuk Yasmin. Kebun sayur datuk Yasmin tidak luas. Kebun ini letaknya di belakang rumah datuk Yasmin. Sayur-sayuran di kebun datuk Yasmin hidup subur. Datuk Yasmin menjaga sayur-sayurannya dengan baik. Datuk Yasmin menyiram sayur-sayurannya setiap hari.
1. Petikan ini adalah tentang _______________________________________.
2. Kebun sayur datuk Yasmin terletak ____________________________________.
3. Sayur-sayuran di kebun datuk Yasmin ___________________________________.
4. Datuk Yasmin mneyiram sayur-sayurannya ________________________________.
1. Petikan ini adalah tentang _______________________________________.
2. Kebun sayur datuk Yasmin terletak ____________________________________.
3. Sayur-sayuran di kebun datuk Yasmin ___________________________________.
4. Datuk Yasmin mneyiram sayur-sayurannya ________________________________.
Subscribe to:
Posts (Atom)