Ikan di air terlihat-lihat,
Ikan bernama si ikan laga,
Amalkan gaya hidup sihat,
Makan minum hendaklah dijaga.
Dibeli juga si akan jenahak,
Masak gulai kurang santan,
Elak makan banyak lemak,
Banyakkan makan sayur-sayuran.
Sayur-sayuran banyak khasiat,
Cubalah makan seberapa dapat,
Cantikkan kulit badan pun sihat,
Otak cerdas ingatan pun kuat.
Sayur ada berbagai warna,
Kuning, hijau atau pun jingga,
Sedia dijual di mana sahaja,
Di tepi jalan atau di pasar raya.