Saturday, 17 November 2012

Pantun teka-teki

1.  Waktu subuh ke tepi paya,
         Hendak menembak seekor buaya,
     Merah pekat warna kulitnya,
         Putih melepak warna isinya.               

2.  Ke dalam kedai seorang diri,
        Hendak membeli sehelai seluar
     Jika adik bijak bestari,
        Apa buah biji di luar?                          

3.  Penulis muda sedang berkarya,
       Suatu kisah di pagi raya,
     Rambutnya lbat merah warnanya,
       Isinya putih manis rasanya.                   

4.  Duduk termenung janganlah leka,
       Kerja tak sudah membuang masa,
     Apakah buah cubalah teka,
       Namanya seperti batu permata.          

5.  Tiap pagi pergi ke sawah,
       Mencari rezeki untuk keluarga,
     Terkenal sebagai raja buah,
       Durinya tajam tak terkira.                    

6.  Selepas subuh pergi ke kota,
       Meranduk lumpur dan juga paya,
     Buah ini mempunyai mahkota,
       Badannya pula dipenuhi mata.

7.  Pak Hitam pergi ke hutan,
       Membawa pulang kayu utas,
     bentuknya seperti buah rambutan,
       Hendak makan badannya dipulas.

8.  Pokoknya bulat dan juga rendang,
       Masam dan hijau ketika muda,
     Bentuk buahnya seperti bintang,
       Sudah masak kuninglah ia.

Jawapan;
1.  manggis
2.  gajus
3.  rambutan
4.  delima
5.  durian
6.  nanas
7.  pulasan
8.  belimbing

2 comments:

  1. tahniah dapat menghasilkan blog yang cute ni. Pantun yang dipaparkan dapat menarik perhatian para pelajar kerana dapat menguji daya pemikiran mereka dalam mencari jawapan. Teruskan usaha cikgu lagi.

    ReplyDelete
  2. Teka-teki yang disediakan oleh cikgu memang menyeronokkan. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete